Selasa

Takwim dan Penggal Persekolahan Sesi 2016



Wajib Daftar Persekolahan Anak

TAJUK :

1.0   KERATAN AKHBAR
        UTUSAN MALAYSIA 6 NOVEMBER 2001.
2.0    Sinopsis isu - Gagal daftar anak sekolah ibu bapa mungkin didenda.
 
         Menurut keratan akhbar Utusan Malaysia (6 Nov. 2001) Kementerian Pendidikan  kini sedang merangka undang-undang untuk mewajibkan kanak-kanak berusia tujuh tahun bersekolah dan meneruskan pelajaran sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 tahun. 

      Undang-undang ini dirangka berdasarkan perangkaan kementerian itu bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga peratus setiap tahun kanak-kanak yang tidak didaftarkan di sekolah terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman. Terdapat juga sebilangan murid yang berhenti atau diberhentikan oleh penjaga mereka sebelum menamatkan persekolah rendah. 

      Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad matlamat utama undang-undang itu adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak di negara ini dan memastikan mereka berpelajaran. Menurutnya lagi apabila undang-undang ini dikuatkuasakan, ibu bapa yang gagal mendaftar anak mereka di sekolah tanpa sebab yang munasabah akan didakwa di mahkamah.  

    Mengikut Konvensyen Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (1989) yang telah diratifikasikan oleh 177 negara, Artikel 28 menyatakan bahawa setiap kanak-kanak berhak mendapat pendidikan berasaskan prinsip ‘ peluang yang sama ‘ (equal opportunity). Dalam artikel 29 pula ada menjelaskan matlamat sebenar pendidikan  yang berhak diperolehi oleh kanak-kanak iaitu membangun jati diri, membangun kemampuan fizikal dan mental ke tahap potensinya yang maksimum, dan menyediakan kanak-kanak itu untuk mampu hidup aktif dan penuh tanggungjawab semasa dia dewasa.

         Belanda ( Netherlands ) Mempunyai Akta Undang-Undang pendidikan wajib 
(Compulsory Education Act) hampir seratus tahun. Matlamat asal undang-undang itu ialah memastikan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan rendah (primary education) di antara usia 6 hingga 12 tahun. Mulai tahun 1969, undang-undang itu disemak semula dan penekanan diberi kepada hak kanak-kanak untuk mendapatkan pendidikan walaupun ibu bapa mereka mungkin tidak peka atau tidak sedar betapa perlunya kanak-kanak itu terus bersekolah.
       Di China, di bawah undang-undang pendidikan wajib negara itu yang dikuatkuasakan mulai 1 Julai 1986, setiap kanak-kanak wajib diberi pendidikan selama 9 tahun di antara usia 6 hingga 15 tahun.
        Walauapapun hasrat kerajaan untuk memastikan dan menjamin semua kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan harus diberi pujian. Namun demikian, corak penguatkuasaan dan perlaksanaan undang-undang masih lagi di peringkat perancangan.
 

3.0    Pendidikan Wajib – Menurut teori Fungsionalisme
         3.1.0   Definisi teori fungsionalisme
 
        Teori Fungsionalisme juga dikenali sebagai teori konsensus atau keseimbangan. Ini kerana setiap kumpulan adalah bersatu dan bersetuju dengan objektif atau matlamat kumpulan secara keseluruhan. Segala polisi dan amalan dalam masyarakat seperti sistem pendidikan, ekonomi dan politik adalah hasil persetujuan kumpulan demi untuk kestabilan negera. Menurut Ting Chew Peh (1993), perkataan dasar fungsionalisme iaitu ‘fungsi’ adalah merujuk kepada kesan objektif sesuatu fenomena sosial terhadap fenomena yang lain iaitu sistem keseluruhannya. Manakala menurut Emily Durkheim (1858), teori ini merupakanperspektif makro yang melihat dunia pendidikan sebagai satu kemestian untuk kelangsungan masyarakat bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan. Kepentingan pendidikan terutamanya dirumah dalam proses sosialisasi dilihat sebagai proses mendidik anak-anak supaya dapat mengekalkan nilai-nilai dan norma-norma serta segala peraturan-peraturan dalam sesuatu masyarakat.
         Pendidikan untuk masyarakat menjadi agenda kepada sistem pendidikan masa kini. Pendidikan secara saintifik menjalankan fungsi-fungsinya mengembangkan nilai-nilai dan keupayaan intelektual yang diperlukan oleh kanak-kanak untuk menjalankan peranan dalam masyarakat. Adalah menjadi andaian fungsionalisme bahawa semua murid mempunyai peluang yang sama untuk mendapatkan pendidikan. Sistem pendidikan adalah untuk semua. 

         Menurut Erving Goffman (1959) masyarakat ibarat pentas kehidupan. Sosial ibarat pemain teater, setiap individu memainkan peranan masing-masing bagi menjayakan cerita.

         3.2.0   Peranan Anggota Yang Terbabit Dalam Isu Ini
         3.2.1   Peranan kerajaan (Kementerian Pendidikan Malaysia)
         Di dalam isu ini, kerajaan (Kementerian Pendidikan) cuba menjalankan tanggungjawab seperti yang telah dipersetujui dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memberi peluang pendidikan kepada semua kanak-kanak dinegara ini. Untuk memastikan keberkesanan dan kejayaan hasrat kerajaan ini, satu undang-undang sedang di rangka. Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Rais Yatim (Utusan Malaysia 8 Nov 2001), biasanya penalti sebanyak RM3000 atau penjara tiga bulan boleh dikenakan kepada penjaga atau ibu bapa yang gagal menyekolahkan anak mereka.Walaubagaimanapun bentuk tindakan masih belum diputuskan kerana isu ini masih dalam perbincangan.
       Bagi memastikan hasrat kerajaan ini berjaya, semua pihak perlu memainkan peranan terutamanya pihak penguasa tempatan, Jabatan Pendaftaran, ketua kampung atau penghulu perlu memantau dan memastikan semua kanak-kanak yang berumur 7 tahun didaftarkan di sekolah di kawasan masing-masing. Sekiranya ada kanak-kanak yang tidak didaftarkan, mereka harus melapurkan kepada pihak berwajib yang dilantik kelak..
          Kerajaan juga perlu lebih kerap menjalankan kempen kesedaran tentang pentingnya pendidikan kepada penduduk di kawasan pedalaman terutamanya orang asli. Pelbagai usaha perlu dilakukan supaya mereka sedar akan tanggungjawab memberi pendidikan kepada anak mereka. Ini termasuklah mengadakan ceramah oleh anak-anak orang asli yang telah berjaya dalam pendidikan dan memperolehi peluang pekerjaan yang baik.


         3.2.2    Peranan Pentadbir/ Guru Besar/ Pengetua Sekolah dan Guru
       
       Pihak pentadbir atau pengetua dan guru besar pula perlu menghantar senarai murid yang mendaftar di sekolah masing-masing kepada pihak jabatan pendidikan untuk tindakan mengesan kanak-kanak yang tidak berdaftar.
       
         Guru Besar atau pengetua hendaklah memantau mengapa kanak-kanak itu enggan bersekolah adakah ianya disebabkan oleh faktor dalaman sekolah, iklim persekolahan atau faktor luaran. Sekiranya ianya disebabkan oleh faktor dalaman, maka Guru Besar atau Pengetua hendaklah mengatasi masalah tersebut.


         3.2.3    Peranan Ibu Bapa
 
            Ibu bapa dan penjaga juga perlulah sedar dan peka akan tanggungjawab mereka untuk memberi pendidikan kepada anak-anak di bawah jagaan mereka. Mereka juga perlu sedar bahawa pendidikan merupakan aset  penting untuk membangunkan sesebuah keluarga atau masyarakat dalam sesebuah negara. Ilmu pengetahuan adalah mobiliti asas untuk menggerakkan ekonomi keluarga.
         Ibu bapa juga perlu berani untuk menghadapi kenyataan bahawa anak mereka boleh lebih maju dalam bidang pendidikan daripada mereka dan tanggapan bahawa anak petani mesti menjadi petani, atau anak mereka harus mengikut jejak langkah mereka dan mewarisi setiap kemahiran yang diperolehi secara turun temurun sebagai sumber ekonomi. Jika hal ini berlaku, maka pendidikan moden yang disarankan oleh kerajaan akan menjadi sia-sia.
         Bagi masyarakat orang asli, mereka perlu didedahkan dengan dunia luar. Mereka perlu dibawa melihat dunia sekeliling mereka, melihat kemajuan yang telah dicapai oleh negara dan mereka perlu diberi keberanian untuk hidup di luar kepompong mereka. Pemikiran yang menyatakan bahawa anak orang asli tidak boleh berjaya harus dikikis. Mereka harus diberi pelbagai kemudahan dan keberanian untuk hidup di luar seperti tempat tinggal, pekerjaan dan pelbagai frasarana yang diperlukan. Di sini ketua mereka atau tok batin harus memainkan peranan untuk menyedarkan anak buahnya perihal kepentingan pendidikan.


         3.2.4   Peranan Masyarakat
         Masyarakat setempat perlulah melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dalam usaha merapatkan diri dengan sekolah. Semua ahli masyarakat boleh memberi sumbangan, pandangan, idea bagi memajukan pendidikan  anak-anak mereka menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
      Semua aktiviti yang dirancangkan oleh persatuan hendaklah dilaksakan bersama demi kepentingan anak-anak yang bersekolah.


4.0   Analisis Berdasarkan 3 Konsep Sosiologi Pendidikan.
        4.1.1   Pendemokrasian Pendidikan dan Kesamaan Peluang

        Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi peluang yang sama untuk semua kanak-kanak mendapatkan pelajaran. Di Malaysia, pendidikan percuma dari 7 tahun hingga ke 15 tahun telah diperkenalkan untuk semua kanak-kanak bermula pada tahun (1962) selepas Akta Pelajaran 1961 dibentuk. Mengikut akta ini, semua kanak-kanak tidak kira bangsa atau keturunan serta darjat berhak menerima pendidikan awal secara percuma dari darjah 1 hingga tingkatan 3. Ibu bapa atau penjaga seharusnya mengambil peluang ini untuk memberi pendidikan yang sempurna kapada anak mereka. Ini bertujuan untuk mengurangkan kadar buta huruf dikalangan rakyat terutamanya mereka yang tinggal dikawasan pedalaman.
        Mulai tahun 1999, peluang untuk memasuki tingkatan 4 telah diperluaskan kepada semua pelajar. Mereka yang kurang berkemampuan telah diberikan bantuan seperti penubuhan sekolah-sekolah berasrama, khususnya sekolah-sekolah berasrama penuh. Kerajaan juga telah membina sekolah-sekolah khas untuk kanak-kanak cacat. Mereka akan dididik dan dilatih oleh guru-guru yang dilatih khas oleh Kementerian Pendidikan. Ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak mereka yang cacat terbiar tanpa memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari sesuatu kemahiran. Mereka harus membuang perasaan malu kerana mempunyai anak cacat dan menyalahkan takdir sebaliknya berusaha supaya anak tersebut boleh menjadi seorang insan yang berjaya dan berbakti kepada masyarakat dengan kemahiran yang diperolehi.
        Kerajaan juga ada menyediakan asrama khas untuk anak-anak orang asli bersekolah. Kesemua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Mereka diberikan tempat tinggal percuma, makanan percuma, pengangkutan percuma dan persekolahan percuma. Jabatan Hal Ehwal Orang Asli perlu memainkan peranan yang lebih aktif lagi dalam menjayakan agenda pendidkan ini. 
        Kerajaan juga telah mengambil usaha untuk memperbaiki keadaan murid-murid di kawasan luar bandar dengan mengadakan program kesihatan, pemakanan, skim bantuan biasiswa, skim pinjaman buku teks percuma dan lain-lain.Ini secara tidak lansung akan mengurangkan perbelanjaan mengurus ibu bapa. Mereka tidak lagi perlu membeli buku teks. Mereka juga boleh memohon bantuan biasiswa jika benar-benar tidak berkemampuan. 
 

4.1.2   Pendidikan dan Hubungan Etnik

        Etnik atau ethnos dalam bahasa asal Greek membawa makna kumpulan manusia atau bangsa. Ia merujuk kepada pengenalan seseorang ke dalam kumpulan yang mempunyai latar belakang keturunan nenek moyang yang sama. Mereka mempunyai kesamaan dari segi sejarah, negara asal, bahasa, tradisi, budaya, struktur dan sistem nilai. Perasaan kekitaan ke dalam kumpulan etnik berkembang menerusi hubungan kekeluargaan, rakan-rakan dan kejiranan yang berkongsi ciri-ciri kehidupan yang karib. Kumpulan etnik sememangnya membantu mengekalkan pertalian kumpulan dan mengukuhkan kedudukan kumpulan etnik berkenaan dalam masyarakat.
        
       Di Malaysia, semua kanak-kanak dari pelbagai kaum cuba disatukan melalui sistem persekolahan yang sama. Mereka diberi peluang bercampur-gaul di dalam sekolah yang sama dan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan. Selain itu, mereka juga menggunakan buku teks yang sama, kurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Ini memperlihatkan kepada kita bahawa sekolah adalah acuan untuk membentuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.
         Perkara sebegini sukar dilakukan dalam aktiviti seharian masyarakat. Kerjasama mungkin sukar untuk diterapkan tetapi di sekolah mereka bersama-sama menyapu membersihkan kelas, menyusun perabot, dan mengikut arahan ketua yang dilantik. Pengalaman sebeginilah yang hendak diterapkan dalam sanubari anak-anak supaya mereka dapat mempraktiknya apabila menyertai masyarakat. Fikirkanlah apa akan berlaku pada masyarakat kita akan datang jika ramai dikalangan anak-anak kita tidak bersekolah. Adakah mereka akan faham konsep kerjasama, toleransi, tolong-menolong dan bertolak ansur.
         Polisi kerajaan juga membenarkan setiap etnik menubuhkan sekolah dan menguruskan pendidikan anak mereka. Kaum Cina dengan sekolah jenis kebangsaan Cina dan India dengan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Walaubagaimanapun mereka masih mengikuti kurikulum yang sama kecuali mata pelajaran bahasa ibunda. Ini akan mengurangkan tekanan bagi kanak-kanak yang sebelum ini hanya didedahkan dengan dunia etnik mereka sahaja terutamanya bagi kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman. Mereka tidak pernah berkomunikasi dengan kanak-kanak dari bangsa lain. Ada juga di antara mereka tidak fasih berbahasa Malaysia. Jadi kekhuatiran ibu bapa tentang masalah ini akan selesai dengan memasukan anak mereka ke sekolah pilihan mereka. Maka dengan ini, ibu bapa bebas untuk mendaftarkan anak mereka dimana-mana sekolah yang difikirkan sesuai dan baik buat anak mereka. Pengusaan bahasa Malaysia akan dapat diperkukuhkan sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah dan bercampur semula.
 
          4.1.3      Pendidikan dan Budaya Sekolah
         

Budaya secara ringkasnya merujuk kepada ciri-ciri dan hasilan tingkah laku yang dipelajari oleh sekumpulan manusia daripada persekitaran sosialnya. Menurut Tylor (1871) mengatakan budaya sebagai “ keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat”.

          Budaya sekolah merupakan sebahagian daripada budaya masyarakat. Sekolah itu lahir dari keperluan masyarakat. Di sekolah kanak-kanak dididik untuk berbudaya sebagaimana yang dikehendaki oleh masyarakatnya. Budaya formal sekolah adalah melalui aktiviti kurikulum. Contohnya apabila seseorang pelajar itu mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, dia akan disanjung dan diberi pujian dan akan dihormati oleh rakan-rakan. Dalam kegiatan kokurikulum, pelajar yang berjaya menaikkan nama sekolah dengan memenangi acara yang disertainya biasanya akan memperolehi status yang tinggi dengan diberi jawatan sebagai pemimpin dalam persatuan yang disertainya. Selain itu pembentukan budaya tidak formal berlaku apabila sekolah mengadakan aktiviti gotong- royong, hari sukan, hari terbuka sekolah, majlis penyampaian hadian dan sebagainya.

          Bagai kanak-kanak yang tidak bersekolah mereka mungkin akan mengalami dan menempuh aktiviti yang diadakan oleh masyarakat berkenaan seperti gotong-royong tetapi mereka tidak memahami kenapa mereka perlu menyertainya, adakah kerana desakan ibu bapa atau tanggungjawab sosial yang terpaksa dilakukannya. Mereka tidak memahami konsep gotong-royong dan bekerjasama. Apa yang mungkin terjadi ialah apabila mereka dewasa nanti, mereka mungkin akan disisihkan oleh masyarakat kerana tidak berpendidikan kerana masyarakat akan menyanjung mereka yang berpendidikan apatah lagi berpendidikan tinggi dan berjawatan tinggi. Mereka ini mungkin akan hidup lebih
malang daripada bapa mereka.

         
Mereka juga akan rasa disisihkan dan akan mengambil sikap mengasingkan diri dari masyarakat. Akhirnya mereka ini akan terbiar tanpa ada sesiapa yang hendak membantu mereka.

          Sekolah juga akan membentuk sikap mereka supaya berani, patuh pada undang-undang, hormat-menghormati dan belajar menguruskan diri. Jika kanak-kanak ini tidak diberi pendedahan tentang perlunya mematuhi undang-undang, mereka mungkin  akan bertindak mengikut naluri dan keperluan mereka sahaja tanpa memikirkan kesannya kepada orang lain. Mereka juga mungkin gagal untuk menguruskan diri sendiri serta berdikari. Mereka akan bergantung hidup kepada bantuan keluarga dan ibu bapa sepanjang hayat tanpa perlu memikirkan apa yang akan berlaku pada masa hadaapan. Oleh sebab itu pendidikan amat perlu kepada setiap kanak-kanak  demi untuk mengharungi kehidupan di masa hadapan.

 


5.0    Rumusan dan Cadangan
         
       Setelah diteliti dan dikaji, maka wajarlah kerajaan melaksanakan hukuman denda kepada ibu bapa yang gagal mendaftar atau menyekolahkan anak mereka apabila berumur tujuh tahun. Ini perlu kerana penjaga atau ibu bapa berkenaan gagal menjalankan tanggungjawab atau boleh dianggap tidak rasional dalam tindakannya kerana mereka telah mencabuli hak kanak-kanak berkenaan untuk mendapatkan pendidikan. Mereka seolah-olah dianiaya dan dimusnahkan masa depan mereka sebelum mereka boleh menentukan hala tuju mereka.
      
       Undang-undang ini bolehlah dianggap sebahagian daripada undang-undang yang telah termaktub seperti kes penderaan kanak-kanak. Apa yang menjadi  persoalan sekarang ialah bentuk hukuman yang wajar dikenakan kapada  ibu bapa atau penjaga berkenaan. Mereka mungkin mempunyai alasan yang berbeza seperti kurang keupayaan, pendidikan dianggap tidak wajib dan sebagai keperluan kedua selepas tanggungjawab kepada keluarga, anak yatim yang tinggal bersama abang atau kakak yang tidak bersekolah dan sebagainya.Ada juga kanak-kanak yang tidak mahu bersekolah kerana fobia dengan institusi sekolah kerana kononnya cikgu garang, takut dirotan atau didenda. Dalam situasi begini patutkah ibu bapa atau penjaga dipersalahkan?
     
      Dilihat dalam situasi persekolahan sekarang, ibu bapa sering dibebankan dengan bayaran buku latihan, buku kerja, yuran PIBG, aktiviti kokurikulum di luar sekolah, yuran asrama dan tambang pengangkutan yang kian naik saban tahun. Apakah langkah kerajaan dalam menangani masalah ini.Wajarkah ibu bapa yang berpendapatan di bawah RM500 dan mempunyai ramai tanggungan dipersalahkan?
  
      Dilihat pula pada keperluan lain misalnya, harga kasut sekolah sepasang sekitar  RM15 keatas, baju sekolah sepasang hampir RM50, kelengkapan alatulis, beg melebihi RM20, Yuran sekolah melebihi RM15. Jika dihitung, perbelanjaan keperluan seorang anak melebihi RM100 pada peringkat awal persekolahan. Bagaimana jika ibu bapa itu mempunyai lebih daripada 5 orang anak yang bersekolah. Tidakkah ini menjadi sesuatu yang membebankan walaupun mempunyai pendapatan melebihi RM1000.

      Apa yang diharapkan kelak apabila kerajaan melaksanakan undang-undang sekolah wajib atau pendidikan wajib, kerajaan dapat menyediakan persekolahan yang ‘percuma’ dalam erti kata yang sebenarnya. Bukan setakat memberi bantuan buku teks, rancangan makanan tambahan, susu percuma, sebaliknya menyediakan frasarana yang lebih baik kepada kanak-kanak miskin seperti asrama percuma, wang belanja harian, bantuan kelengkapan sekolah dan pengangkutan percuma.

      Undang-undang ini hendaklah dilaksanakan secara menyeluruh bukan setakat gagal mendaftarkan anak  sahaja tetapi kanak-kanak yang menamatkah persekolahan sebelum tamat pendidikan wajib (6 tahun) atau sekolah rendah. Ini perlu kerana setiap tahun kira-kira 4000 murid berhenti sebelum tamat darjah tiga (mengikut perangkaan Kementerian Pendidikan).

      Bagi mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, kerajaan harus menyediakan lebih banyak lagi sekolah lengkap dengan kemudahan seperti sekolah di bandar. Ini dapat menarik minat ibu bapa dan murid untuk ke sekolah. Begitu juga dengan anak-anak orang asli, pendedahan alam persekolahan amat penting terutamanya prasekolah. Berapa ramai anak orang asli yang mengikuti prasekolah? Ini juga harus difikirkan bersama.

       Sikap ibu bapa atau penjaga yang menganggap tanggungjawab mereka telah selesai apabila sudah mendaftarkan anak mereka di sekolah. Berapa ramai ibu bapa yang benar-benar mengambil berat perihal persekolahan anak mereka. Berapa ramai ibu bapa yang datang meminta penjelasan dari guru apabila anak mereka gagal dalam sesuatu mata pelajaran atau peperiksaan? Berapa ramai ibu bapa yang mengajar anak mereka di rumah?  Sikap ibu bapa sebegini akan menyebabkan anak mereka rasa terabai. Mereka hilang semangat hendak bersekolah dan hilang keyakinan diri apabila sering diejek oleh kawan-kawan apabila gagal dalam ujian atau peperiksaan yang akhirnya membawa kepada pemberhentian persekolahan.

       Kehadiran seorang pelajar itu ke sekolah merupakan satu petanda bahawa pelajar itu ingin belajar. Pelajar yang tidak hadir juga ingin dirinya menjadi pandai, tetapi ketidakhadiran mereka itu mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor seperti tiada kenderaan dan keadaan sekolah. Kehadiran juga mempunyai pertalian dengan pencapaian akademiknya. Apabila pelajar sering gagal, mereka akan putus harapan untuk belajar, maka dengan sendirinya mereka merasakan bahawa susah tiada erti lagi mereka meneruskan persekolahan. Akibatnya mereka seringkali ditemui ponteng sekolah. Ini akan ditambah kusut lagi apabila ibu bapa seringkali melemahkan semangat anak dengan cemuhan dan membanding-banding mereka dengan pelajar yang cemerlang. Apa yang lebih dahsyat lagi ialah ibu bapa bertindak memberhentikan anak mereka kerana dianggap membazirkan wang dan masa sahaja. Ibu bapa sebeginilah yang wajar dikenakan tindakan undang-undang. 

        Secara amnya niat Kementerian Pendidikan hendak mengadakan undang-undang persekolahan disambut baik. Sebaliknya Kementerian Pendidikan hendaklah memikirkan cara yang terbaik untuk melaksanakan undang-undang baru ini, supaya satu pendekatan baru ditemui agar pendidikan negara mampu mencapai matlamat yang dicita-citakan di bawah Artikel 29 Konvensyen Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu 1989 itu.

 
 
BIBLIOGRAFI
Amir Hassan Dawi. 2002.  Penteorian Sosiologi Pendidikan.
Tanjong Malim.  Quantum Books.
Hussein Mahmood. 1993. Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Saad.  1986. Isu Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd. Salleh Lebar. 1992. Perubahan dan Kemajuan Pendidikan Di Malaysia.
Kuala Lumpur. Nurin Enterprise.
Omar Mohd. Hashim. 1999. Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Utusan Malaysia. 6. November 2001.
Utusan Malaysia. 8 November 2001

Isnin

Kejayaan Sekolah Keseluruhan

1990
:   Asrama Desa mula dibuka.

1996
:   SMK Bukit Sawa dinaiktaraf kepada sekolah Gred A.

2001
:   Menerima Anugerah Asrama Desa Terbaik Peringkat Negeri (Keceriaan).
:   Menerima Anugerah 3K Peringkat Negeri Terengganu.

2002
:   Kelas KRK dan Kelas Bahasa Arab dilaksanakan.
:   Mewakili Negeri Terengganu Dalam Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan.
:   Menerima Anugerah Asrama Desa Terbaik Peringkat Negeri (Keceriaan).

2003
:   Mewakili Negeri Terengganu dalam Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan.
:   SMK Bukit Sawa dipilih sebagai PTJ.
:   Kelas untuk murid Tingkatan Enam Bawah mula dibuka.

2004
:   Pendaftaran STPM kali pertama.

2005
:   Dua Kelas Premier dibuka untuk murid Tingkatan Satu terpilih daripada pencapaian UPSR.

2006
:   Kelas Premier bertambah dua kelas lagi.
:   Murid Tingkatan Dua dan Empat yang terpilih ditawarkan ke SMK Seri Payong apabila sekolah berkenaan dibuka pada bulan Jun 2006.
:   Menerima Anugerah Kualiti Pendidikan Terengganu 2006 bagi Pengurusan Kantin Terbaik (Sekolah Menengah).
:   Mewakili Negeri Terengganu dalam Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Kebangsaan di Wilayah Persekutuan Labuan.

2007
:   Menerima Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah (Pengurusan Akademik) Peringkat Daerah.
:   Johan Sayembara Menulis Puisi dalam Perkampungan Penulis Muda Peringkat Daerah.
:   Johan Pidato Memahat Sejarah Mencipta Tamadun Peringkat Negeri Terengganu.
:   Johan Pesta Nasyid Pandu Puteri Peringkat Negeri Terengganu.

2008
:   Menerima Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menengah (Pengurusan Akademik) Peringkat Daerah.
:   Dicalonkan Sekolah Lonjakan Saujana (Kategori PMR) Negeri Terengganu.
:   Johan Perkhemahan NGO Peringkat Kebangsaan.
:   Menerima Anugerah Kokurikulum Peringkat Negeri (Mewakili Pasukan Bola Sepak Peringkat Kebangsaan).
:   Johan (L) dan Ketiga (P) pertandingan Khemah Terbaik dalam Perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Marang.

2009
:   Mendapat tempat ke-5, ke-7 dan ke-9 L18, tempat ke -6 dan ke-8 dalam Kejohanan Merentas Desa Daerah Marang 2009. 5 orang murid mewakili daerah ke Peringkat Negeri Terengganu.
:   Naib Johan Pertandingan Bola Jaring P15 Peringkat Daerah Marang.
:   Johan Kejohanan Sepak Takraw L15 Daerah  Marang. 3 orang murid mewakili daerah ke peringkat negeri.
:   Naib Johan Pertandingan Bola Tampar P15 peringkat daerah.
:   Naib Johan Kejohanan Badminton P15, tempat ke-3 (P15 dan P18) peringkat daerah.
:   Tempat ke-3 Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Daerah.
:   Separuh akhir Kejohanan Bola Sepak L15 dan L18 peringkat daerah.
:   2 orang murid mewakili daerah ke Pertandingan Orienteering peringkat negeri.
:   3 orang murid mewakili daerah ke Pertandingan KRS dan NGO ke peringkat negeri.
:   Separuh akhir Pertandingan Bahas Ala Parlimen peringkat Daerah Marang.
:   Mendapat 6 Emas, 2 Perak dan 6 Gangsa dalam Kejohanan Olahraga Daerah Marang; 2 orang murid terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
:   Johan Syarahan Agama (P), tempat ke-3 syarahan agama (L), Naib Johan Hafazan (L&P) dan tempat  ke-3 Tilawah Al-Quran dalam Majlis MTQ peringkat daerah.
:   Seorang murid mewakili negeri di peringkat Kebangsaan dalam acara boling.
:   Johan dalam Kejohanan Boling Tempin Peringkat Daerah.
:   Naib Johan dalam Pertandingan Kawad Kaki Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Negeri di Pusat Kokurikulum, Kuala Berang.
:   Seorang murid mewakili daerah ke peringkat negeri dalam syarahan agama MTQ.
:   4 orang murid mewakili daerah dalam Kejohanan Bola Sepak MSSM Terengganu.
:   Johan dalam Pertandingan Boling Tempin MSSM Terengganu 2009.
:   Johan kategori GO,  NGO dan tempat ke-3 Pertandingan Kawad Kaki Marang.
:   Naib Johan Pertandingan Orienteering Perkhemahan PKBM Peringkat Negeri.
:   Mewakili daerah ke Pertandingan Pidato Hasil Dalam Negeri.
:   Johan Pesta Pantun Peringkat Negeri dan berjaya ke suku akhir di peringkat kebangsaan.
:   Johan Tarian dalam Pertandingan Tarian Sekolah-Sekolah Menengah Negeri Terengganu dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
:   Johan dalam Pertandingan Futsal Sempena Bulan Kecergasan Peringkat Negeri Terengganu.
:   3 orang terpilih mengikuti Kem bakat Hoki SPTS Zon Timur 2009.
:   Seorang murid mewakili negeri ke Kejohanan Terbuka kelab Taekwondo Antarabangsa ke-8 di Stadium badminton Cheras, Kuala Lumpur.
:   2 murid terpilih mengikuti Program Penghayatan Taman Laut Malaysia Zon Timur Siri 2 Tahun 2009 pada 21 hingga 25 Jun 2009; Johan dalam Kajian Lapangan Paya Bakau dan Naib Johan dalam Persembahan Integrasi Bertemakan Alam Sekitar Program Penghayatan Taman Laut Malaysia.
:   Johan Pertandingan Media Maklumat Peringkat Kebangsaan sempena Karnival Pendidikan Kaunseling dan Kerjaya Tahun 2010.


2010
:   Johan Kejohanan Sepak Takraw bawah 15 tahun dianjurkan oleh PPD Marang - 2 orang murid terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
:   Johan Kejohanan Bola Jaring bawah 18 tahun dan Naib Johan bawah 15 tahun peringkat daerah anjuran PPD Marang - 2 orang murid terpilih mewakili daerah dan negeri.
:   Naib Johan Kejohanan Pentanque Peringkat Negeri dianjurkan oleh JPNT - 4 orang terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
:   Johan Karnival Bola Sepak bawah 14 tahun peringkat daerah dianjurkan oleh PPD Marang.
:   Separuh Akhir Kejohanan Bola Sepak bawah 18 tahun peringkat daerah anjuran PPD Marang - 2 orang terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
:   Naib Johan Kejohanan Bola sepak bawah 15 tahun peringkat daerah anjuran PPD Marang - 2 orang murid terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri. Seorang mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
:   Memenangi 6 emas,6 perak dan gangsa dalam Kejohanan Olahraga peringkat daerah anjuran PPD Marang.
:   Seorang murid berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
:   Seorang murid terpilih sebagai Ketua Platun Terbaik dalam Perkhemahan PKBM peringkat negeri anjuran JPNT.
:   Johan Keseluruhan Perkhemahan Pandu Puteri peringkat daerah anjuran PPD Marang - 6 orang murid terpilih mewakili negeri dalam jejak kepanduan Pandu Puteri Malaysia 2010.
:   Tempat ke 4 dalam Pelaporan PUM peringkat negeri anjuran JPNT.
:   Naib Johan Pesta Pantun peringkat negeri anjuran JPNT.
:   Naib Johan Pidato Piala Diraja peringkat negeri anjuran JPNT.
:   Johan Pidato Kebersihan Menengah Atas Naib Johan Menengah Rendah peringkat daerah anjuran PPD Marang.
:   Naib Johan Koir peringkat daerah anjuran PPD Marang.
:   Tempat ke 4 Speech Choir peringkat daerah anjuran PPD Marang.
:   Naib Johan Syarahan Agama Majlis Tadarus Al-Quran peringkat daerah anjuran PPD Marang.
:   Naib Johan Pertandingan Hafazan peringkat daerah anjuran PPD Marang.
:   Tempat ke 3 Pertandingan Tilawah peringkat daerah anjuran PPD Marang.
:   Johan Bola Jaring, Naib Johan Bola Sepak, Johan Badminton, Johan Pentanque Karnival Tingkatan 6 peringkat daerah anjuran PPD Marang.

2011
:   Johan P15 Merentas Desa MSSM Marang dan mewakili daerah di peringkat Negeri.
:   Tempat Ke-4 merentas desa dan mewakili daerah ke peringkat negeri dan mendapat tempat Ke-9.
:   Tempat Ke-4 dalam kejohanan olahraga MSSM Marang-6 Emas, 6 Perak dan 13 Gangsa-Olahragawan Daerah.
:   2 orang Murid mewakili daerah ke peringkat negeri dalam kejohanan olahraga MSST dan seorang terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
:   Tempat Ke-3 dalam kejohanan petanque peringkat daerah dan negeri kategori perempuan.
:   Naib Johan dalam L18,ke-3 dan ke-4 L15 kejohanan catur MSSD dan 6 orang terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
:   Naib Johan bawah 18 Kejohanan Sepak Takraw MSSD.
:   Tempat Ke-3 bawah 15 Kejohanan Sepak Takraw MSSD.
:   Tempat Ke-3 (beregu) Kejohanan Badminton MSSD.
:   Tempat Ke-3 P15 (beregu) Kejohanan Badminton MSSD.
:   Naib Johan L18 Kejohanan Bola Sepak MSSD dan 6 orang terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
:   Johan L15 Kejohanan Bola Sepak MSSD dan 8 orang terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
:   Tempat Ke-3 P15 dan P18 Kejohanan Bola Jaring  MSSD dan 4 orang terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
:   Johan P18 bola tampar dan 6 orang terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
:   Johan karnival bola sepak bawah 16 tahun peringkat daerah.
:   Naib johan karnival bola sepak peringkat negeri.
:   Naib johan karnival bola jaring bawah 16 tahun.
:   Johan 800M L16 dan P14 karnival olahraga MSSD dan 2 orang telah terpilih mewakili daerah ke peringkat negeri.
:   Naib Johan P14 dalam karnival merentas desa.
:   Johan dalam  pidato Bahasa Melayu peringkat daerah.
:   Johan dalam pidato Bahasa Melayu peringkat negeri.
:   Tempat Ke-3 dalam  pidato Bahasa Melayu peringkat kebangsaan.
:   Johan forum peringkat daerah.
:   Tempat ke-3 dalam  speech koir program YDSM peringkat daerah dan konduktor terbaik.
:   Naib Johan puisi dan lagu peingkat daerah.
:   Johan hafazan Quran MTQ peringkat daerah.
:   Tempat ke-3 hafazan MTQ peringkat daerah.
:   Tempat ke-3 syarahan agama MTQ peringkat daerah.
:   Tempat ke-3 pertandingan nasyid peringkat daerah.
:   Johan dalam Pesta Pantun peringkat daerah.    
:   Johan dalam Pesta Pantun peringkat negeri.
:   Naib Johan dalam Pesta Pantun peringkat kebangsaan.
:   Johan pertandingan koir peringkat daerah.
:   Johan pidato kebersihan SMA peringkat daerah.
:   Naib Johan menulis esei kebersihan peringkat daerah.
:   Johan kekemasan pakaian seragam  kadet bomba peringkat daerah.
:   Naib johan pertandingan kawad kaki kadet bomba peringkat daerah.
:   Naib johan kawad kaki, basah dan hose perkhemahan kadet bomba peringkat negeri.
:   Naib johan persembahan kebudayaan perkhemahan kadet bomba peringkat negeri.
:   Tempat ke-4 dalam aktiviti pandu arah dan menembak perkhemahan PKBM peringkat zon /negeri.
:   Tempat ke-6 dalam kawad kaki perkhemahan PKBM peringkat zon /negeri.
:   Johan merempuh halangan perkhemahan PKBM peringkat negeri.
:   3 orang terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam perkhemahan PKBM.
:   Johan hafazan dalam sambutan hari puteri PPIM.
:   Naib Johan tilawah hari puteri PPIM.
:   Tempat ke-3 dalam mendeklamasikan sajak sambutan hari puteri PPIM.
:   Tempat ke-3 dalam gubahan bunga dan coklat sambutan hari puteri PPIM.
:   Johan pertandinagn kawad kaki lelaki dalam perkhemahan kadet polis peringkat daerah.
:   Naib johan kraf perkhemahan dan jalan lasak lelaki perkhemahan kadet polis peringkat daerah.
:   Tempat ke-3 pertandingan kawad kaki perempuan perkhemahan kadet polis peringkat daerah.
:   Kontinjen lelaki terbaik perkhemahan kadet polis peringkat daerah.
:   Johan keseluruhan perkhemahan kadet polis peringkat daerah.
:   Menyertai jambori pengakap seramai 10 orang  peringkat daerah.
:   Menyertai perkhemahan pra-jambori pengakap peringkat negeri.
:   Menyertai perkhemahan pengakap jambori Malaysia peringkat antarabangsa.
:   Johan pertandingan kawad kaki GO dan NGO peringkat daerah.
:   Naib Johan pertandingan kawad kaki GO dan  tempat ke-4 kawad kaki NGO peringkat negeri.
:   Menyertai pertandingan pancaragam sekolah-sekolah premier peringkat negeri.
:   Menyertai pertandingan pancaragam peringkat kebangsaan (MBWC).


2012
:   Lonjakan Prestasi STPM peringkat daerah Marang.
:   Johan Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan.
:   Naib Johan (L) dan Peserta Terbaik (P) Perkhemahan Kor Kadet Polis Sekolah Menengah daerah Marang; 4 orang wakil daerah ke perkhemahan peringkat negeri.
:   Naib Johan  Kejohanan Olahraga Daerah.
:   Naib Johan  Kejohanan merentas Desa MSSD Marang.
:   Tempat ke-3  Pertandingan Bola jarring MSSD Marang; 2 orang wakil daerah ke peringkat negeri.
:   Johan Kejohanan Bola sepak bawah 18 MSSD Marang; 8 orang wakil daerah.
:   Ke-3 Badminton P 15.
:   Naib Johan kejohanan bola sepak bawah 15 MSSD  Marang; 5 orang wakil daerah.
:   Johan Pertandingan Catur bawah 18 MSSD  Marang; 2 orang wakil daerah ke pertandingan peringkat negeri.
:   Ke-3 Kejohanan sepak takraw bwah 15 MSSD.
:   Ke-3 Kejohanan bola baling wanita MSSD Marang.
:   Ke-3 Kejohanan pentanqe (L & P)  MSSD Marang.
:   Ke-3 kejohanan hoki MSSD Marang.
:   Johan Pertandingan kawad kaki (GO) & NGO Daerah.
:   Ke-3 Pertandingan kawad kaki (GO) peringkat negeri.
:   Johan keseluruhan perkhemahan kadet bomba peringkat daerah.
:   Naib Johan perkhemahan kadet bomba peringkat negeri.
:   5 orang KRS mewakili daerah ke perkhemahan KRS peringkat negeri dan memperoleh Johan keseluruhan.
:   Ke-3 pertandingan bicara berirama peringkat daerah.
:   Naib Johan pertandingan  coral speaking peringkat daerah.
:   Ke-3 bahas Bahasa Inggeris.
:   Ke-5 perkhemahan PKBM peringkat negeri.
:   2 orang peserta silat johan dipertandingan silat olahraga peringkat negeri.
:   Naib Johan pertandingan puisi dan lagu peringkat daerah.
:   Naib Johan pertandingan koir peingkat daerah.
:   Naib Johan pertandingan Nasyid peringkat Daerah.
:   Ke-3 tilawah & hafazan MTQ peringkat daerah.
:   Johan pertandingan pantun peringkat daerah.
:   Johan negeri pertandingan pantun peringkat.
:   Johan pertandingan pantun peringkat kebangsaan.
:   Johan SUKMA sepak Takraw wanita.
:   Anugerah Kokurikulum peringkat daerah.
:   Anugerah Khas kokukulum Peringkat negeri.


2013
:   Johan kategori perempuan pertandingan bola tampar MSSM Marang peringkat daerah
:   Ke-3 kategori Lelaki  pertandingan bola tampar MSSM Marang peringkat daerah
:   Johan bergu lelaki L15 kejohanan badminton MSSM Marang peringkat daerah
:   Peringkat suku akhir pertandingan petanque peringkat negeri
:   Naib Johan kejohanan hoki lelaki dan perempuan MSSM Marang peringkat daerah
:   Ke-3 L15 Kejohanan sepak takraw MSSM Marang peringkat daerah
:   Johan Kejohanan Bola Sepak MSSM (L18) peringkat daerah
:   Johan Kejohanan Bola Sepak Bawah 15  peringkat zon peringkat daerah
:   Ke-3 kejohanan olahraga peringkat MSSM (8 emas 8 perak , 6 gangsa) peringkat daerah
:   Naib Johan Karnival bola sepak bawah 14 tahun MSSM Marang peringkat daerah
:   Naib Johan pertandingan bola jaring ting 6 peringkat daerah
:   Naib Johan kejohanan merentas desa MSSM Marang peringkat daerah
:   8 orang terpilih mewakili daerah dalam kejohanan Bola Sepak MSST Terengganu (Marang Johan L 18 & N/Johan L15) peringkat negeri
:   Seorang murid terpilih utk mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan
:   Seorang murid terpilih mewakili negeri di kejohanan Futsal Ting 6 Peringkat Kebangsaan ( mendapat n/Johan)
:   4 murid mewakili daerah di Kejohanan Olahraga MSST Terengganu (seorang mendapat perak)
:   Johan P18 kejohanan bola tampar MSSM Marang peringkat daerah
:   Seorang murid terpilih mewakili negeri di kejohanan terbuka kelab taekwando antarabangsa ke-8 di Kuala Lumpur
:   8 orang murid murid menyertai kejohanan silat peringkat negeri (1-Emas, 2-perak , dan 2 gangsa)
:   Naib Johan – Pertandingan Syarahan ( L & P) Peringkat Daerah Marang
:   Ke-3  dalam pertandingan  Puisi dan lagu peringkat daerah
:   Johan Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Daerah
:   Johan Pertandingan Pesta Pantun Peringkat Negeri
:   Suku Akhir Pertandingan Pesta Pantun peringkat Kebangsaan
:   Johan Pertandingan Koir (mewakili Daerah ke peringkat negeri)
:   Johan Pertandingan sahiba peringkat Daerah dan mewakili daerah ke peringkat negeri
:   Tempat ke-3 pertandingan Speach Koir peringkat daerah
:   Johan pertandingan Public Speaking peringkat daerah/mewakili daerah ke peringkat negeri
:   Tempat ke-3 forum peringkat daerah
:   Johan – Kekemasan pakaian Seragam perkhemahan kadet bomba peringkat Daerah
:   Naib Johan – pertandingan kawad kaki perkhemahan kadet bomba peringkat Daerah
:   Naib Johan – kawad kaki, basah dan hose perkhemahan kadet bomba peringkat negeri
:   Naib Johan – persembahan kebudayaan perkhemahan kadet bomba peringkat negeri
:   Ke-4 – aktiviti pandu arah dan menembak perkhemahan PKBM peringkat zon/Negeri
:   Ke-6 – pertandingan kawad kaki perkhemahan PKBM peringkat zon/Negeri
:   Ke-6 – keseluruhan daripada 16 pasukan perkhemahan PKBM peringkat Negeri
:   Johan merempuh halangan – perkhemahan PKBM  peringkat Negeri
:   Seorang terpilih mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam perkhemahan PKBM
:   Johan Hafazan – Sambutan Hari Puteri PPIM peringkat Daerah
:   Naib Johan Tilawah – Sambutan Hari Puteri PPIM peringkat Daerah
:   Ke-3 pertandingan mendeklamasi sajak – Sambutan Hari Puteri PPIM peringkat Daerah
:   Ke-3 pertandingan gubahan bungan dan coklat – Sambutan Hari Puteri PPIM peringkat Daerah
:   Pasukan Kadet Bomba mewakili Daerah dalam Perbarisan Sempena Hari Kemerdekaan peringkat Negeri
:   Pasukan Kadet bomba telah menyertai  Perbarisan Tabik Hormat sempena hari Keputeraan Sultan peringkat Negeri.


2014
:   Johan CaturMSSD  P15
:   KetigaCatur MSSD L15
:   Johan Merentas Desa P18 MSSD
:   Ketiga Bola Jaring P18 MSSD
:   BALAPAN &OLAHRAGA -8 EMAS 4 PERAK  9 GANGSA
:   Naib Johan Bowling P18
:   Johan pentanquelelakidanPerempuan
:   Ketigahokilelakidanperempuan
:   Naib Johan Tenis P15 MSSD
:   Johan Bolasepak B15 dan B18 peringkat Zon
:   Ketiga Bola Sepak B15 dan B18 peringkatdaerah
:   Johan Kawad kaki lelaki Karnival Kadet Remaja Sekolah Peringkat daerah Marang, Sempena carnival kadet remaja daerah Marang
:   Naib Johan Kawad kaki  Perempuan Karnival Kadet Remaja Sekolah Peringkat daerah Marang, Sempena carnival kadet remaja daerah Marang
:   Naib Johan bantu Mula Perempuan Karnival KRS  Daerah Marang
:   Tempat Ketiga  bantu Mula Perempuan Karnival KRS  Daerah Marang
:   Tempat ketiga –Orienteering Perempuan Karnival KRS Daerah Marang
:   Johan  Gajet Perempuan Karnival KRS Daerah Marang
:   Johan keseluruhan lelaki dan Perempuan Karnival KRS Daerah Marang
:   Ketiga Merentas halangan Perkhemahan PKBM Peringkat Negeri
:   Penembak Terbaik Peringkat Unit- Perkhemahan PKBM Peringkat Unit
:   Johan Kawad kaki Kadet Bomba Peringkat Negeri 2014
:   Naib Johan Pertandingan Projek Inovasi( kelab Persatuan) Peringkat daerah Marang
:   Johan Sahiba Peringkat Daerah Marang
:   Johan hafazan Perempuan Daerah Marang
:   Naib Johan Kompang farmasi –Anjuran Pejabat belia daerah Marang
:   Naib Johan Public Speaking daerah Marang
:   Ke-3 Festival Nasyid daerah Marang
:   Ke-3 Deklamasi sajak daerah Marang
:   Ke-3 Tilawah lelaki MTQ Daerah Marang
:   Ke-3 hafazan lelaki daerah Marang
:   Johan Forum Remaja daerah Marang
:   Johan Pidato Kebersihan Daerah Marang
:   Ke-3 bicara berirama
:   Ke-3 Hiwar – Ihtifal Miss peringkat Negeri( SMKA, KAA dan SABK)
:   Johan Forum Remaja MSSD
:   Johan Drama Komsas MSSD

Amalan Cara Hidup Sihat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :
  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stres
Faedah cara hidup sihat:
  • Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
  • Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
  • Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.
Makan Secara Sihat
  • Nikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Contoh 1 sajian:

Bijirin, produk bijirin dan ubi
  • ½ cawan nasi (putih atau perang)
  • ½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
  • 1½ keping capati
  • ½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran
Buah-buahan
  • ½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
  • ½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)
  • ½ biji jambu berukuran sederhana
  • 1 hiris betik/nanas
Susu, dadih dan keju
Ikan, ayam dan daging
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
  • 5 sudu besar ikan bilis
Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).
Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
  • Melengah-lengahkan
  • Minum banyak air
  • Menarik nafas panjang
  • Membuat sesuatu
  • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  • Mengunyah sesuatu
  • Membasuh tangan
  • Mandi dengan kerap
  • Melakukan senaman regangan
  • Memohon doa
Klik di sini untuk keterangan selanjutnya..
Lakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.
Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Lakukan aktiviti fizikal
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:

        AKTIVITI RINGAN
        60 minit setiap hari
       AKTIVITI SEDERHANA
       30 minit setiap hari
  • Berjalan kaki
  • Aktiviti regangan
  • Aktiviti berkebun yang ringan
  • Berjalan laju
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Menari
  • Lompat tali
  • Aerobik
  • Berlari-lari anak
  • Turun naik tangga
Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.

F Frequency : (Kekerapan) 3 – 5 kali seminggu
I Intensity (Effort) : (Kehebatan) Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
Anda masih boleh bercakap tetapi tidak boleh menyanyi semasa menjalankan aktiviti.
T Time : (Masa) Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
T Type : (Jenis) Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal.

Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang...kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
Klik di sini untuk keterangan selanjutnya.…
Klik disini untuk menilai risiko kesihatan anda!!!
Semakan Akhir : 10 Mei 2012
Sumber : Risalah Bahagian Pendidikan Kesihatan
Penyemak : Wong Swee Fong

Bahan bacaan menarik mengenai pemakanan:

Konsep Gizi Seimbang

Pedoman Gizi Seimbang (PDF)

Gizi Seimbang Bagi Anak Remaja 

Hidangan Sihat (PDF)

Piramid Makanan Rakyat Malaysia


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum/8770-piramid-makanan.html
Sila klik piramid untuk maklumat tambahan
(Perkongsian untuk pendidikan)


Pengikut